Monday, December 28, 2009

Nazira & Anuar











Assalamualaikum...
Yeahh...batu pahat lagi...sebenarnye best shoot kat BP ni, mcm2 ada..tempat2 yg best..mg kiteorng enjoy kat BP ni, tempat2 dia sgt best dan pada pasangan Nazira & Anuar selamat pengantin baru di ucapkan. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..ameen...

Walaupon cuaca agak tak menentu tapi alhamdulillah sumenyer berjalan dgn lancar dan teratur..dan syukur juga pada tuhan, sebab petang tu cuaca amat baik, dan lantas ley la wat outdoor serbe sikit di sekitar batu pahat, dan yang penting time kasih juga di ucapkan pada member2 Nazira, sebab sgt2 happening....yeah...hihihi..dan terima kasih juga pada fmly Nazira coz memberi kerjasama yang baik di sepanjang majlis berlangsung n tak lupe, sgt best nasi bryani BP yg bapak pengantin wat, sgt sedap..hihihi...mg Power...

Pada Nazira, harap sabar menunggu album dari kami..hihihi sumenye suda dalam proses..dan ribuaan kemaafan jika ada salah dan silap di sepanjang majlis itu berlangsung.

Tuesday, December 22, 2009

Ain & Khairul



Lame suda tak update ini blog..hihi....dan ramai jugak yang tanye "ada amek gambo wedding??" "amek gambo wedding tak??" jawapan kami "ye..kami masih amek gambo wedding..." maaf la di sebabkan dah lame tak upload gambo wedding, so ramai yang mengajukan soklan2 seperti tu sume, yang sebenarnyer kami masih lagi amek gambo wedding seperti biase.

Walaupon kami selalu up gambo Model2, akan tetapi gambo wedding tak penah kami lupakan..tapi jarang utk kami upload gambo2 wedding, but utk kali ni aku up gambo wedding dan sekali gus menjawab segala persoalan yang kami masih lagi amek gambo wedding, so ini lah buktinya.. :-)

Untuk kali ni aku up pic pasangan Ain & Khairul, yang di adakan di Kulai Johor. Pada majlis Ain ni, sememngnyer best, sebab pe, mcm2 fnction ada, walaupon majlis smple saje..sampai aku demam2 layan barongan kat majlis ain ni, hahaha yang penting sgt2 best..mg giler kentang lah team barongan ni...otai abis..hihi..

Tak lupe juga, Jutaan Terima kasih pada Ain, kerana memeberi kerjasama yang sangat baik sekali, ngn fmly2 dia yang happening.......hihihihi..tambah plak ngan budak2 yang cute2...so majlis pon nampak sgt2 best n so sweeet...ngan tetamu yang sangat ramai, so nampak la kemeriahan majlis ni, pada AIN & KHAIRUL, selamat pengantin baru semoga berkekalan hingga ke akhir hayat dan ribuaan kemaafan jika ada salah dan silap kami buat time majlis tersebut, dan gambo pon dalam proses dan kami sendiri amat puas hati shoot u allz... thankz ya...:-)

Tuesday, October 27, 2009

Yasmin



Kali ni AR kembali bekerjasama bersama Yasmin, sebelum nih sebenarnyer penah shoot bersama yasmin but dah lame la, sebab bukan senang nak mendapatkan perhidmatan yasmin ni,sebab keje dia asik terbang2 kesana sini.hehe

Sepertimana biase MUA utk kali ni Rafie, dan macam biase la Affiq as a AR team..yeah....sudah kebiasaan bagi AR shoot model ni but belum pro lagi la, still masih belajar pe, mudah mudahan satu hari nanti team AR ni akan dikenali la di serata dunia, amin...itu lah impian ku.....wah...gitue macam pilem cuci la plak..hehe..

Ape yang nak aku kongsikan disini pengalaman shoot model, bukan mudah seperti yang disangke kan, shoot2 terus ley cuci.owh...sungguh tidak semudah itu, sebenarnyer macam2 yang perlu di persiapkan utk membuat 1 photoshoot, ok sedikit sebanyak ape yang aku tahu, aku kongsikan pada membaca2 blog aku nih.ye..


Tips-tips photoshoot model:-
1. Konsep: mencari konsep yang hendak dilakukan ketika photoshoot, ini kerana ia memainkan peranan paling penting, ini kerana melibatkan perkara2 yg lain juga seperti pakaian, makeup dan sebagainya, kerana ia saling berkait rapat.
2. Pakaian: pakaian haruslah mengikut konsep yang telah dibincangkan pada awal tadi, sebab pakaian juga memainkan peranan penting sebab ia akan membantu anda utk mendapat kan foto-foto yang menarik, tak lah terlalu besar dan tidaklah terlalu kecil yang pasti ia selesa utk di padankan mbersama model.
3. MUA: pemilihan makeup artiste sama penting dengan pakaian, ini kerana solekan yang mengikut konsep akan membantu mendapatkan sesebuah foto yang menarikdan mempunyai mood, ia juga bergantung pada MUA yg dipilh, jika MUA itu mahir dalam solekanye maka foto yang anda akan dapat juga menarik, sebagai contoh face painting 70% terletak pada solekan yang di buat.
4. Model: pemilihan model haruslah bersesuaian, ini terpulang la pada anda yang menginginkan model yang bagaimana utk menghasilkan sesebuah gambar tersebut serta mengikut konsep yg telah dibincangkan, harus di ingat, model bukan hanya perlu kurus atau tinggi utk photoshoot yang sedang2 tu da kire ok lah dan yang paling penting penghayatan model tersebut mengikut konsep yang di beri.
bersambung.....




FOZAN NS
YM: fozanarts
email: fozanarts@yahoo.com
017- 777 5409

Thursday, October 22, 2009

Zahnita

Shoot bersama zahnita kali ni kiteorang berkolebrasi bersama Ian Sham(penatarias), Beauty N The Beads(wardrobe) serta Zery Zamry(wardrobe)pereka fesyen terkenal, dan di gandingkan pula bersama Zahnita seorang pelakon serta model terkenal tanah air.

Pertama kali AR shoot bersama nama-nama besar seperti ini, mungkin ini menanda kan titik permulaan AR untuk pergi dengan lebih jauh, jika di izin kan tuhan, kita hanya mampu merancang dan tuhan yang menentukan segalanya. Setiap photoshoot atau wedding asgment pasti ada cabaran dan dugaan yang berbeza, ape tah lagi jika AR bekerjasama dengan nama-nama besar, sudah pastinya perasaan takut berdebar dan pelbagai lagi perasaan timbul.hehe

Walaubagaimanapun AR tetap bersedia dengan apa jua dugaan yang mendatang, tetapi sebelum itu AR sendiri sudah merancang terlibih dahulu besama saudara Affiq utuk memastikan tiada apa yang buruk akan berlaku, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dari segi persiapan pergi dan balik, penginapan dan sebagainya, tentang penginapan sy mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Abdul Qayyum, teman baik saya ketika zaman persekolahan.

Jadi ini lah serba sedikit foto yang sy kongsikan utk tatapan umum, sekali lagi diucapkan ribuaan terima kasih kepada Ian Sham, Izan dan Zery Zamry kerana sudi berkerjasama dengan kami dan terima kasih juga kepada Zahnita. TQVM




Fozan NS
YM fozanarts
E: fozanarts@yahoo.com
P: 017-777 5409

Tuesday, October 20, 2009

Farhana

Nampaknya sudah lama sgt tak update blog nih, akibat fenomena sibuk+taksempat+tak de mase+malas hehehe so kali ni aku akan try rajin mengupdate blog nih, tapi ucapan terima kasih juga pada anda yang setia mengunjung ke blog aku nih walaupon jarang update, hehe

Untuk entry kali ni, aku akan share la serbe sedikit foto yang telah lama jugak, but sebenarnyer gamba ni telah ada di laman sesawang mukabuku aku, (laman web facebook) so kalau nak tgk hasil2 foto ku dan nak tahu dengan lebih cepat ape yang aku buat, boleh la add aku kat facebook, harap rajin la ber facebook ye korang, hehehe boleh cite panjang sikit.

Pasti ada yang tertanya-tanya asyik gambo model j, tol tak??hehe sebenarnyer banyak lagi yang ada dalam peti simpanan aku gambo2 yang lain, but mane yang sempat j la aku update, lagi pon aku suke ngan take foto pic model ni.

Kali ni aku tunjukan foto Farhana, kali ni aku shoot bersama Affiq, dan jurutatarias oleh Rafie, hah pasti ada yang tertanya kenapa gambar ni skin tone dia lari la, warna dia gelap la betol tak??ok bagi aku bende ni sume aku nak pamerkan dalam sedikit kelainan dengan mencuba pelbagai-bagai cara dan teknik, ART or SENI tiada salahnya beb, kalau hang belajar dalam bidang seni tahu la kan, tol tak, pelukis-pelikis dulu2 berkarya, dan sekarang nilainaya bejuta-juta, jadi renung-renungkan dan selamat beramal...hehe peace..




FOZAN NS
YM=fozanarts
No Tel: 017-777 5409
Email: fozanarts@yahoo.com

Monday, July 20, 2009

Cabaran Photoshoot Di Hutan




SEMALAM,19 JULY 09-emm...malag tak berbau pada aku, kaki ku.......telah terpijak kaca yang amat dalam..pada awalnya aku main2 j ingat tak de pape, sebab tak rase sakit sikit pon pada mase tu, hahahaha siap ley main2 ag ngan darah tu, tapi pabila aku tgk diorang ni sibuk soh aku g klinik utk mendapatkan rawatan, arghhhh.....aku ni takot ama doc....hehehehe, kerana diorang lah aku panik.

Mana taknyer darah tak berenti samapai kalau hang tgk kat TV tu drama2 air tu da jadi merah akibat darah yang terlalu bnyak, aku rase ia terhiris dalam sngat nak dekat hampir 1 inci, nasib baik lah atas bantuan MR RAFIE, yang membalut luka aku time tu, thankz to rafie, sebab merawat aku time tu, kalau tak pening jugak lah, tak tau nak wat ape.

Disebabkan tak rase sakit, so aku relex seketika lah sementara affiq ngah shoot tu, aku ingat kejap lagi aku pnye turn lah kan, tapi lama kelamaan makin sakit n berdenyut2 rase dia, time aku masuk dalam air tu ikan plak sibuk nak gigit kaki aku.peh.....geram j....

Sekali aku naik ke darat, relex2 pas main air tu aku tgk darah tak benti lagi, peh..nampaknya memang susah nak benti nih jawabnya, memng sah, peh aku da makin takot, bukan pe takot kene jumper doktor......hahahaha aku memng dari kecik lagi jarang jumpe doktor, so tu yang agaknya pai la ni aku takot jumper doktor, hehehe entah nape tah, takot dia makan aku. Jadi ape aku buat time tu hanyalah amek gambar diorang di sebalik tabir j lah, nak wat macam mane kan.tak ley nak wat pe, meng sakit sangat2.

Nampaknya photoshoot kali ni aku tak de rezki untuk mempamerkan gamba, sebab aku cedera yang amat teruk, pai j umah, ape lagi my mader bising habis....tak hengat...hahahahhaah aku tetap tak jpe ngan doktor, ape lagi my fader lah yang rawat aku kat umah, pai la ni aku tak open lagi balutan tu, jap lagi baru aku open nak tgk perkembangan kaki ku.....hehhee masih berfungsi atau tak, kalu tak terpakse aku jadi macam bio-nik lah yang di siarkan di TV3, hahahahaha

Walauapon aku sangat boring kat umah ni, tapi nak cepat baik pnye pasal, aku kene bnyak berehat, sebab kaki kan, memng bnyak darah kat situ, so aku harap cepatlah sembuh ek....sorry lah kalau tayangan gambar aku kat atas tu mengerikan, rasenyer tak kot, hehehe nasib aku tak letak yang tak balut pnye, kang ad kang yang tak lalu makan.

Tak pe lah mungkin ada hikmah disebalik bende nih terjadi, mungkin mulut aku celupar kot time masuk hutan tu, heheheh mulut jahat,hahahaha tapi aku memng dah serik nak g tempat tu lagi. serik ya amat.macam hal sebenarnya yang pernah berlaku pada diri aku kat situ, mungkin guard2 tak suke kot aku kat situ, tapi ape yang penting pas ni, aku kene bersiap sedia dengan teliti lagi dengan persiapan yang rapi lagi.

Jadi nampaknyae aku tak dapat lah amek gamba pada photoshoot kali ni, so kalau nak tgk hasil2 time ni, tgk lah kat blog affiq, kat situ dia akan pamerkan lah pe yang terjadi hasil dia kat situ n time tu. untuk next entry plak, aku pon akan pamer hasil sebalik tabir diorang.hehehehe...tunggulah next entry.hehehe





FOZAN NS
YM: fozanarts
EMAIL: fozanarts@yahoo.com
TEL: 017- 777 5409

Saturday, July 18, 2009

Harga Murah....

Seperti yang telah aku janjikan sebelum ni aku nak becite pasal harga, ini pon kire sambungan kepada last entry, rumusan daripada TT yang aku hadir mase tu. Tapi sebelum tu maaf la kepada sesiapa yang terasa ok, tak de niat pon nak mengenakan sesapa, just nak membuat kenyataan dan rumusan sendiri.

Kalau cite pasal harga dengan jurugambar ni dari dulu sampai lah sekarang asik same dan lebih kurang sama, kenapa ea???aku sendiri pon tak paham, bagi pelanggan2 di luar sana tak kira lah pelanggan sape pon kan, kena lah paham kos2 yang telah di keluarkan oleh jurugambar. Mungkin tak nampak n tak paham kos2 yang akan di keluarkan oleh jurugambar.

Diantara kos2 yang akan dikeluarkan oleh jurugambar ialah kos barang2 cth album,cd or dvd, gaji jurugambar tersebut, jika jurugamba tersebut ada anak bini so sape yang akan sara hidup mereka??tu ok lagi, kos beli camera utk diorang2 ni sume mencecah ribuaan ringgit, ada sesetengah jurugambar profesional tu membawa barang2 mereka sehingga 30K atau lebih, semata2 untuk mendapatkan hasil gambar yang cantik untuk anda, jadi berapakah anda harus membayar jurugambar anda???

Itu jika sorang, jika 2 orang yang datang ke majlis anda? mana lagi nak letak diorang pnye kos eletrik untuk caj batry cmre,bayar rumah,kedai,hutang lain2 dan simpanan dihari tua????top up untuk call anda internet lagi, cukai lagi so sape yang nak tanggung jika harga diorang tu tak kene dengan kos2 yang dikeluarkan.

Jadi patot2 la kan nak letak harge tu, and bagi anda di luar kawasan liputan, kena lah paham jugak kos2 tambahan seperti minyak dan tempat tinggal. Jangan lah anda sumbat jurugambar anda supaya tido kat keta lak kan..hehehehehe sian n tak agagk2 namenyer tu diorang pon nak prvcy jugek....

Aku cakap macam ni bukan nak demand, tapi cuba lah pikir secara rasional, anda bakal pengantin tak kisah mencari pelamin,baju dan sebagainya beribu2 danhanya untuk menggunakan selama sehari dua, tapi sedar tak bahawasanya jurugambarlah yang membawa peranan penting pada hari bahgia anda, kenapa saya cakp macam ni????sebab dengan adanya jurugambar atau vdeo nilah yang membuktikan dan merakamkan detik2 manis di hari bahgia anda.

Jurugambarlah (also vdeographer) yang akan merakam segalanya pada hari itu, jadi tak nak lah cakap bnyak, nanti kang aku ni di cemuh, aku bercakap untuk semua bukan untuk diri aku sahaja. terimakasih........

p/s:- maaf lah kalau ada yang terasa aku tak berniat untuk mengata kepada sesiapa, aku bercakap atas rumusan dari aku sendiri, so yang baik itu dari Allah dan yg buruk itu dtng dari diri aku.....

tapi walauapa pun..
REZKI JANGAN DITOLAK,MAUT JANGAN DI CARI..




FOZAN NS
YM: fozanarts
email: fozanarts@yahoo.com
Tel: 017-7775 409

Tuesday, July 14, 2009

Diawal Cerita...

Kelmarin pada 11 julai aku g join TT kat Restorant Anggun at Larkin Perdana JB, dimana pada siang harinya berlangsung majlis bertandang bagi saudara Moqh CS, yang sempat jugak lah aku, Affiq and Rafie hadir pada majlis tersebut. TT pada malamnya tu yang telah disertai oleh ramai jurugambar2 dari JB, tak kire lah dari mane pelusuk sekali pun, dari yang lame ke yang baru. Jadi pada aku yang baru nih dapat jugak lah bertemu dan beramah mesra bersama jurugambar2 Jb ni yang otai2.

Banyak jugak yang aku ley wat rumusan semasa time TT nih, banyak sangat perkara yang boleh aku ceritakan, banyak tak terhingga, di antara nya perbualan2 yang banyak2 serta disulami oleh lawak2 yang menyusul, aku amat tertarik sekali dengan 1 citer ni.

Kalau kita boleh tgk skg, penggunaan camera DSLR begitu meluas, aku boleh katakan berlambak2 tambahan pula dengan harga yang agak murah, sehinggakan mampu dimiliki oleh pelajar sekolah menengah sekarang ni. Bukan lah aku nak menghalang atau tak bagi budak sekolah menggunakannya, just cakap camera jenis DSLR ni dah kire mampu untuk miliki oleh semua golongan, lagi pun kualiti camera DSLR ni amat lah bagus berbanding dengan camera biase yang lain.

Aku memegang camera DSLR atau memiliki camera nih pada pertengahan tahun 2007, ketika itu aku membeli camera jenis NIKON D40X, pada ketika tu ape lah yang aku tahu tentang camera DSLR nih, but aku minat dengan camera ni sejak aku kecik lagi, aku ingat lagi dulu2 aku selalu curi2 snap gamba, bile cuci baru tahu ada gambar sesat hahahahahaha tu sume kerja aku, abis nanti mak marah hehehe takut jatuh bukanyer ape. Aku juga pernah pegang2 CANON EOS pe tah, film pnye SLR pakcik aku yang pnyer.

Tidak pernah termimpi aku hendak memiliki sebuah SLR or DSLR, sebab aku tahu camera jenis tu sangat lah mahal harganya ketika itu, dulu2 aku panggil camera SLR or DSLR ni camera wartawan, yelah sebab yang aku tgk kat TV tu sumenye wartawan yang pakai. dan amat susah hendak temui waktu ketika tu. Dulu father aku penah ada SLR tapi sayang dah hilang, aku rase aku nih berkongsi minat yang sama dengan my father, yelah mane tumpahnyer kuah kalau tak ke nasi kan?????

Sebab aku beli camera yang aku idam2kan ni pon atas sebab ada silibus membelajaran di kolej time tu, so dapat jugaklah aku memiliki camera DSLR ni. Rasa macam mimpi ketika tu.heheheh jakun beb, sape tak suke pabila dapat camera yang di idamkan tu kan?? aku banyak belajar tentang DSLR ni dari pada internet aku mengenal dulu barang2 camera ape kemampuan camera ni sehingga ia mahal dan lain dari camera yang biase, apa keistimewaan dia sehingga ia mencecah ribuaan ringgit.

Selepas dari tu aku belajar asas fotografi nih dari kolej yang ada subjek tentang fotografi ni. ternyata fotografi nih amat menyeronokan dan inilah yang aku cari2 selama ni, minat aku yang mendalam dalam bidang fotografi ni membuat aku gila bagai di rasuk hantu, hehehe dah melalut da, membuat aku inginkan lebih dari nih, pe yang aku belajar di kolej tu hanya basic j, so aku tekatkan dalam hati untuk belajar lebih dari tu, jadi aku banyak bertanya kepada saudara Muhaimin ketika tu yang banyak jugak mengajar aku tentenag fotografi ni, selepas tu aku join lah forum, class dan sebaginya, asalkan aku dapat ilmu yang aku minat ni.

Sehingglah sekarang aku masih belajar dan terus belajar, sebab bagi aku foto nih adalah seni. ia bagaikan kita lukis dengan cahaya. Adakah anda setuju????sebab kite kene bijak mengawal cahaya untuk mendapatkan gambar, kalau tak kita tak akan dapat hasilkan gambar yg kita inginkan. Akan tetapi aku tgk sekarang pendatang2 baru, walaupon aku nih baru jugak, tapi ni lebih baru dari aku, aku ley katekan sombong.

Tak padan dengan sombong, pas tu plak berat mulut untuk bertanya, aku sendiri tak paham kenapa perkara ini berlaku, padahal peluang tu depan mata. pon tak nak cekau, yela ada sebilangan golongan org baru nih, tak penah2 amek gambar kahwin ttbe j terus wat job, hanya sebab pe???sebab dah memiliki sebuah camera DSLR, pabila di lihat gambarnya ia hancur, dengan tah lintang pukang angel, flash pon tah kemane dia nak bounce pon aku tak paham, bile tang edit pulak, peh habis font2 yang digunekan untuk wat cite hantu pon dia pakai.rase nak tergelak pon ada, tak abis ag tentang tu, ada pulak yang mengadakan class mengadakan tau dalam kata lain membuka atau membuat, hehehehe tak paham2....sendiri pon tak penah g class ni lagi nak bukak class.

Perkara2 nih lah yang bnyak di keutarakan oleh saudara YON, agak lame jugak lah mempertikaikan tentang perkara nih bersama teman foto yang lain. Ini belum sentuh lagi pasal harga dan lain2 lagi, ini pon dah panjag lebar aku tulis, tak pe lah utk next entry aku akan cite pasal harga. so tunggu dan jangan kemana2.

p/s: harap maaf lah kepada sesiapa yang membaca blog aku nih yang terasa kehangatan nya, sebab aku cube sampaikan pe yang berlaku tempoh hari. itu sahaja, tanpa ada menujukan kepada sesiapa pun, kalau ada pun ia hanyalah kebetulan, akan tetapi renung2kan dan selamat beramal....

Tuesday, July 7, 2009

Kenapa Begini???



Kelmarin aku ke melaka, melawat bandaraya bersejarah lagi, dah setahun aku tak ke melaka, last mase aku round2 ngan member yang leh katekan kerja gila sebab meronda tanpa henti selama 24jam, dari Johor, Kluang, Batu Pahat, Muar, Melaka dan serterusnya ke Kuala Lumpur. Itu cerita lama hehehe tak pe lah, abaikan kang di katakan aku nih macam astro cerita berulang. hahahahaha...

Nampaknya Melaka dah banyak berubah hehe macam2 ada, same macam manusia makin lame makin ada kemajuan dalam kehidupan, tak kira lah dari ape aspek sekali pun, yang penting ada kemajuaan dalam diri kita. Bila aku ingat dulu2 pnye cerita macam2 hal dan ujian, tak kirah lah ape pon.

Sehinggalah sekarang ni, aku masih lagi diberi ujian oleh Allah S.W.T, akan tetapi aku hadapi semua tu dengan tabah dan cekal, walaupon pada mulenyer kita ni kadang2 bodoh untuk membuat keputusan sehingga memudaratkan diri sendiri oleh kerana tak sanggup untuk menerima ujian dari Allah. Aku pon tak paham kenapa sesetengah manusia macam tu, kadang tak pikir ke pe kesalahan yang di buat, ni tuhan baru nak uji sikit dah macam2 hal, tu baru sikit, belum lagi tuhan turunkan bala padanya.emm..

Satu lagi hal, dengan orang melayu ni tak habis2 dengan sifat dengki mendengki antara satu sama lain, kita melayu same melayu pon nak gaduh ke???tak paham lah aku, nak2 kedai makan. Ada la 1 kedai makan kat JB ni yang ley kate top suatu ketika dulu, tapi kini dah tak seindah dulu. Dah banyak kali jugak aku nak makan kat situ sik tutup j, teringin lah katekan..sebab sedap katenyer kat situ, so banyak kali jugak lalu kat situ, tapi asik tutup j, naik fedup kadang.

Last2 mase tu dapat jugak makan kat situ, emm ternyata boley tahan lah masakan dia, tapi tempat tu da macam kelihatan angker hihihihi (seram). Tanye lah pakcik kat situ nape lame tutup, so pakcik tu cakap mane ada tutup.hahahah lantas meremang bulu rome aku time tu...hahah pe lagi konsep menakutkan org lah.hehehe walaupon perkara ni dah biase tetapi sampi bile perkara macam nih nak berhenti.

Walaupun kite ley cakap malaysia ni negara maju. tetapi kenapa masih ada seglntir org yang berbuat demikian???tak paham2. adakah perkara ni berlaku di golongan jurugambar2????? aku harap tak ada lah ye..tapi, aku ada perasaan dengan seorang jurugambar nih, ego dan sombong terlalu tinggi.

Sehinggakan kite orang ni tak pernah pon mengenal or berborak sebelum nih, tetiba 1 hari ni bile berjumpe muke nak sombong, tau lah kite nih baru, tapi ape salah kiteorang nih??? owh mungkin dia otai dalam dunia kot.hehehehe and 2nd time jumpe pon masih begitu, kiteorang tegur pon macam tu jugak. Tapi tak tahu lah kalau2 aku nih sombong jugak.hehehehe tak kenal tak tahu beb.hehehehe tapi kalau aku nih sombong and ada menyakitkan hati sesape, aku mintak maaf la ea, kadang2 tu tak sengaja or tak perasaan..hehe macam panjang j aku cerita kali nih.hehehe nukan ada org nak baca pon kan.hehe tak pe lah..sabo....separuh dari iman..






FOZAN NS
017-777 5409
ym: fozanarts
email: fozanarts@yahoo.com

Friday, July 3, 2009

Happy Hour Promotion




Apa itu HAPPY HOUR????
Ok kat sini aku cerita apa itu Happy Hour, Happy Hour ni adalah portraiture saje2 bersama rakan2 dan teman2. Tak kire lah dengan sape pun, dengan u allz pnye boyfriend or gurlfriend pon boleh, tak ada masalah dengan tu, atau dengan rakan2 sekolah lama ke ape ke, maybe yang dah lame tak jumpe dan bile sesekali berjumpe tu nak abadikan kenangan bersama.

Jadi adalah kenangan korang dengan teman2 yang kadang2 berjauhan, kita abadikan lah dengan senyuman dengan promosi Happy Hour ni, jadi gambar saja lah yang bisa anda jadikan kenangan bersama teman2, selain chating di facebook, ym, friendster, myspace atau yang lain2.

Dengan adanya gambar kenangan bersama teman2, makin lah anda kerap berhubung bersama teman2 di internet ataupun telefon, dan secara tidak langsung anda juga boleh share bersama teman2 lain di luar sana, jadi rebut lah peluang yang ada ini dengan harga yang di tawarkan sangat berpatutan dari kami.

Rasanya tidak rugi jika anda mengambil promosi ini dari kami, sebelum ia penuh...ia juga boleh mengeratkan hubungan silaturrahim.

Bagi yang berminat dengan tawaran kami ni, boleh lah menghubungi kami melalui email, telefon, ym dan sebagainya yang tertera di bawah ni.

Tidak lupe jugak, kat bawah ni, ada slide show cntoh2 yang pernah di buat..
so enjoy...hehehehe

video
FOZAN NS
YM: fozanarts
EMAIL: fozanarts@yahoo.com
TEL: +6017-777 5409

Wednesday, June 24, 2009

PORTRAIT



Yeahh..sekali lagi aku dapat memotret gambar budak ni, emm..sebab aku sgt suke dengan gambar potret budak, walaupun agak sukar, tetapi bila dah dapat hasilnyer barulah rase puas tu datang. Bukan senang nak ambil gambar potrait budak, atau anak2 kecil, menagpa aku kate susah???sebab name pon budak, so kene lah pandai amek hati budak ni..budak bukan macam orang dewasa yang paham arahan.

Jadi bila budak ni yang jenis susah nak mendengar arahan atau kata2 mahupon ibu bapanya sendiri yang bagi arahan, jadi kene lah menggunakan idea2 kite yang bernas sebagai jurugambar. Disitulah kita boleh lihat keberkesanan arahan jurugambar tersebut sama ada ia bijak ataupun tidak semasa ia memberi arahan, lagi pon kanak2 bukannyer pandai pose macam kita sering lakukan kepada pengantin ataupon model.

Walaupon memakan mase untuk mengambil gambar kanak2 ni, tetapi ia mendatangkan kepuasan, kadang tu kita shoot 10, 2 j yang ley pakai, nak wat macam mane, memng macam tu lah gayanya.

Apa kata, dalam entry aku kali ni aku ingin MENAWARKAN perhidmatan fotografi secara PERCUMA kepada sesiapa yang ingin diambil gambarnya secara sukerela. Akan tetapi ia bersyarat lah, tak lah wedding, pre-wedding, pertunangan or event2. tetapi ia berkaitan tentang photoshoot suke2 secara percuma, tapi akan aku pikirkan lah nanti kalau ada yang nak.

Apa yang penting????????
KERJASAMA!!!!!!!!!!!!.......

Begantung jugalah kepada masa yang bersesuaian dengan mase aku, kene2 korang yang free aku tak, emmmm nak wat cam ne kan??? betul tak??????? walauapepun kene lah tgk jadual kerja aku dulu. Mane yang sesuai aku cekau dulu. tapi bende ni aku buat KHAS untuk seorang atau sepasang atau 1 kumpulan dan aku jugak berhak untuk memilih sesiapa sahaja yang aku minat.hehehehe...

Jadi ada yang berminat?????tak pe, ape2 hal akan akan aku cmfmkan dan aku beritahu kemudian beserta syarat2nye.....




Fozan Ns
Ym: fozanarts
email: fozanarts@yahoo.com
017-7775409

Wednesday, June 17, 2009

Biar Foto Yang Bicara

Aku tertarik dgn perkataan "biar foto yang bicara" jadi aku jadikan ini sebagai tajuk untuk aku berbicara di laman citra ni..em...aku ley katekan macam-macam jenis foto yang ada kat sini, tapi aku lebih minat dengan foto itu sendiri yang membicarakan atau menceritakan sesebuah foto tersebut.

Tapi ape yang aku nampak sekarang ni, kebanyakan org belum boleh menerima foto yang berbicara, yang aku nampak org nak foto itu jelas dan ia adalah bukti, emmmm mari kita singakp bende ni ngan lebih dalam lagi..maksud aku, foto itu haruslah jelas dan membuktikan sesuatu keadaan.

Pada zaman sekarang banyak sungguh perisian-perisian komputer yang boleh dimuat turun atau di beli, yang membolehkan foto itu disunting atau edit. Sedar tak foto juga boleh menipu?? jadi peratusan untuk membuktikan sesuatu keadaan atau ape2 pon melalui foto sudah menurun.(bagi aku lahh....tgk lah fotonya macam mane jugak)

Sedar tak foto yang bisa bicara ini lebih mempunyai nilai-nilai seni yang amat tinggi. foto juga adalah hasil seni, seni ape?????seni melihat... so bagi sesetengah photographer yang amat mahir dalam seni melihat ini. bagi aku dia otai. tapi harus di ingat kan juga, seni is subjektif, tiada betul dan tiada salah. Tapi ia ada panduan atau guideline, emm....aku rase kalau aku cerita bende ni pai abis lamancitra ni pon tak abis kot....

Tidak mengapa, bagi pendapat aku, aku amat suka "BIAR FOTO YANG BICARA" ia adalah seperti hasil yang kita harus berfikir, merenung, menyelami, mendalami dll lagi.....ini kerana foto yang sedemikian harus kita menjiwai foto tersebut dan bukan foto yang jelas, tapi tak semua foto boley wat sedmikian.

Kita juga kena paham bahawasanya manusia didunia ni berbeza-beza, ada miskin ada yang kaya, ada pengotor ada juga pembersih, ada baik ada jahat, dan macam-macam lagi lah....sumenya perlu ada dalam dunia ni, barulah ada cabaran bukan???? jadi tidak lah sume org itu orang seni.kan????dan tidak juaga sume org memahami seni.

Dalam hal ni aku tak menyalahkan sesape, cuma aku ingin berbicara apa yang aku rase dalam hati ni, lantas aku mencapai keybord untk menaip di blog ni...emm...sekian sahaja....

Apa yang aku tunjukan kat bawah ni adalah sedikit dari ape yang aku mksudkan, dan kena lah anda berbicara dengan sebuah foto tersebut, sebagai cntoh pic kawin j la ni.Justify Full

Di atas ni adalah pasangan Fady & Joe, yang baru2 j berlangsung di pasir gudang, emm walaupon Joe ni agak2 pemalu la pada awalnya hahaha tapi ok la...telah lame sikit kenal, so dia pon da ok..di sini aku harapkan n doa kan pada pasangan ni berkekalan hingga ke akhir hayat and di panjang kan usia dan kurniakan zuriat yang soleh dan solehah. selamat menempuh alam rumah tangga...hehehe...gambo korang dah nak siap, just tunggu frame j...tunggu tau.....hehehehe



FOZAN NS
+0617-777 5409
YM- fozanarts
Email-fozanarts@yahoo.com