Thursday, June 4, 2009

Nikmat Tuhan


Tatkala jam tepat menunjukkan 2:33am aku bagai disentap dan digerakkan hati untuk menulis ape yang ada di dalam otak dan hati aku, ape yang aku rase itulah yang aku cube sampaikan, kat sini.

Pertamanye aku bersyukur kehadrat Allah SWT, kerana dengan nikmatnyer aku bisa hidup sehingga kini, sudah hampir 21tahun aku hidup atas nikmatnyer di dunia ni, macam-macam yang telah aku lakukan di bumi tuhan ni, ada yang melanggar undang2 dunia dan ada juga yang melanggar undang2 hukum agama.

Kita manusia biase yang tidak pernah terlepas dari kesilapan dan kite juga bukan ma'sum (terhindar daripada dosa).

Mengapa perlu MENGELUH apbila kita diberi ujian oleh tuhan yang maha esa??? sedangkan kita lupa akan nikmat yang telah diberi kepada kita. Mengapa wahai manusia??? sungguh banyak nikmat yang telah diberi, tetapi apabila kite diberi ujian, kita selalu menuding jari dan bertanya kenapa....kenapa....kenapa....

Muhasabahlah diri, apabila senang kite lupa nikmat tuhan yang telah pon diberikan, tetapi apabila diberi ujian sedikit sahaja, sudah tidak sanggup untuk hadapinya. Kenapa??

Tuhan itu maha Adil, Tuhan tidak akan memberi ujian kepada kita, jika kita tidak mampu untuk menanggung ujian tersebut, yang sebenarnya kita mampu, percayalah.. apa yang penting adalah SABAR.

Angkat lah tangan dan memohon doa kepadaNya, agar dipermudahkan urusan tak kira di dunia ataupun di akhirat. bahawasanya "Doa senjata bagi orang Islam"

Semoga kita memperoleh rahmat darinya.Amin..............

5 comments:

  1. Pendek cite...kite kene igt tohan..:) amin yarabbal alamin....

    Neway com n visit my blog, n drop some comment...tq..

    ReplyDelete
  2. ermm...may the force be with you...amen..!!

    ReplyDelete
  3. Bila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu. Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu. Bila Dia tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yg lebih baik untukmu. Oleh itu, sentiasa bersangka baik pada Dia dalam apa jua keadaan pun... Kerana kasih sayang Allah mendahului kemurkaanNya...

    ReplyDelete