Tuesday, July 14, 2009

Diawal Cerita...

Kelmarin pada 11 julai aku g join TT kat Restorant Anggun at Larkin Perdana JB, dimana pada siang harinya berlangsung majlis bertandang bagi saudara Moqh CS, yang sempat jugak lah aku, Affiq and Rafie hadir pada majlis tersebut. TT pada malamnya tu yang telah disertai oleh ramai jurugambar2 dari JB, tak kire lah dari mane pelusuk sekali pun, dari yang lame ke yang baru. Jadi pada aku yang baru nih dapat jugak lah bertemu dan beramah mesra bersama jurugambar2 Jb ni yang otai2.

Banyak jugak yang aku ley wat rumusan semasa time TT nih, banyak sangat perkara yang boleh aku ceritakan, banyak tak terhingga, di antara nya perbualan2 yang banyak2 serta disulami oleh lawak2 yang menyusul, aku amat tertarik sekali dengan 1 citer ni.

Kalau kita boleh tgk skg, penggunaan camera DSLR begitu meluas, aku boleh katakan berlambak2 tambahan pula dengan harga yang agak murah, sehinggakan mampu dimiliki oleh pelajar sekolah menengah sekarang ni. Bukan lah aku nak menghalang atau tak bagi budak sekolah menggunakannya, just cakap camera jenis DSLR ni dah kire mampu untuk miliki oleh semua golongan, lagi pun kualiti camera DSLR ni amat lah bagus berbanding dengan camera biase yang lain.

Aku memegang camera DSLR atau memiliki camera nih pada pertengahan tahun 2007, ketika itu aku membeli camera jenis NIKON D40X, pada ketika tu ape lah yang aku tahu tentang camera DSLR nih, but aku minat dengan camera ni sejak aku kecik lagi, aku ingat lagi dulu2 aku selalu curi2 snap gamba, bile cuci baru tahu ada gambar sesat hahahahahaha tu sume kerja aku, abis nanti mak marah hehehe takut jatuh bukanyer ape. Aku juga pernah pegang2 CANON EOS pe tah, film pnye SLR pakcik aku yang pnyer.

Tidak pernah termimpi aku hendak memiliki sebuah SLR or DSLR, sebab aku tahu camera jenis tu sangat lah mahal harganya ketika itu, dulu2 aku panggil camera SLR or DSLR ni camera wartawan, yelah sebab yang aku tgk kat TV tu sumenye wartawan yang pakai. dan amat susah hendak temui waktu ketika tu. Dulu father aku penah ada SLR tapi sayang dah hilang, aku rase aku nih berkongsi minat yang sama dengan my father, yelah mane tumpahnyer kuah kalau tak ke nasi kan?????

Sebab aku beli camera yang aku idam2kan ni pon atas sebab ada silibus membelajaran di kolej time tu, so dapat jugaklah aku memiliki camera DSLR ni. Rasa macam mimpi ketika tu.heheheh jakun beb, sape tak suke pabila dapat camera yang di idamkan tu kan?? aku banyak belajar tentang DSLR ni dari pada internet aku mengenal dulu barang2 camera ape kemampuan camera ni sehingga ia mahal dan lain dari camera yang biase, apa keistimewaan dia sehingga ia mencecah ribuaan ringgit.

Selepas dari tu aku belajar asas fotografi nih dari kolej yang ada subjek tentang fotografi ni. ternyata fotografi nih amat menyeronokan dan inilah yang aku cari2 selama ni, minat aku yang mendalam dalam bidang fotografi ni membuat aku gila bagai di rasuk hantu, hehehe dah melalut da, membuat aku inginkan lebih dari nih, pe yang aku belajar di kolej tu hanya basic j, so aku tekatkan dalam hati untuk belajar lebih dari tu, jadi aku banyak bertanya kepada saudara Muhaimin ketika tu yang banyak jugak mengajar aku tentenag fotografi ni, selepas tu aku join lah forum, class dan sebaginya, asalkan aku dapat ilmu yang aku minat ni.

Sehingglah sekarang aku masih belajar dan terus belajar, sebab bagi aku foto nih adalah seni. ia bagaikan kita lukis dengan cahaya. Adakah anda setuju????sebab kite kene bijak mengawal cahaya untuk mendapatkan gambar, kalau tak kita tak akan dapat hasilkan gambar yg kita inginkan. Akan tetapi aku tgk sekarang pendatang2 baru, walaupon aku nih baru jugak, tapi ni lebih baru dari aku, aku ley katekan sombong.

Tak padan dengan sombong, pas tu plak berat mulut untuk bertanya, aku sendiri tak paham kenapa perkara ini berlaku, padahal peluang tu depan mata. pon tak nak cekau, yela ada sebilangan golongan org baru nih, tak penah2 amek gambar kahwin ttbe j terus wat job, hanya sebab pe???sebab dah memiliki sebuah camera DSLR, pabila di lihat gambarnya ia hancur, dengan tah lintang pukang angel, flash pon tah kemane dia nak bounce pon aku tak paham, bile tang edit pulak, peh habis font2 yang digunekan untuk wat cite hantu pon dia pakai.rase nak tergelak pon ada, tak abis ag tentang tu, ada pulak yang mengadakan class mengadakan tau dalam kata lain membuka atau membuat, hehehehe tak paham2....sendiri pon tak penah g class ni lagi nak bukak class.

Perkara2 nih lah yang bnyak di keutarakan oleh saudara YON, agak lame jugak lah mempertikaikan tentang perkara nih bersama teman foto yang lain. Ini belum sentuh lagi pasal harga dan lain2 lagi, ini pon dah panjag lebar aku tulis, tak pe lah utk next entry aku akan cite pasal harga. so tunggu dan jangan kemana2.

p/s: harap maaf lah kepada sesiapa yang membaca blog aku nih yang terasa kehangatan nya, sebab aku cube sampaikan pe yang berlaku tempoh hari. itu sahaja, tanpa ada menujukan kepada sesiapa pun, kalau ada pun ia hanyalah kebetulan, akan tetapi renung2kan dan selamat beramal....

3 comments:

  1. hehehehe...setuju sgt2...
    tp itulah pandangan org2 lama...
    org2 baru ni mungkin malu2 kot...huhuh
    kita pun bkn la pandai..tp sekadar nak berkongsi minat yg sama..

    ReplyDelete
  2. setuju sangat dgn pendapat saudara... ibarat menghancurkan memori terindah sang mempelai...

    ReplyDelete
  3. terima kasih semua, ini sekadar ulasan y di buat sendiri...

    ReplyDelete