Saturday, July 18, 2009

Harga Murah....

Seperti yang telah aku janjikan sebelum ni aku nak becite pasal harga, ini pon kire sambungan kepada last entry, rumusan daripada TT yang aku hadir mase tu. Tapi sebelum tu maaf la kepada sesiapa yang terasa ok, tak de niat pon nak mengenakan sesapa, just nak membuat kenyataan dan rumusan sendiri.

Kalau cite pasal harga dengan jurugambar ni dari dulu sampai lah sekarang asik same dan lebih kurang sama, kenapa ea???aku sendiri pon tak paham, bagi pelanggan2 di luar sana tak kira lah pelanggan sape pon kan, kena lah paham kos2 yang telah di keluarkan oleh jurugambar. Mungkin tak nampak n tak paham kos2 yang akan di keluarkan oleh jurugambar.

Diantara kos2 yang akan dikeluarkan oleh jurugambar ialah kos barang2 cth album,cd or dvd, gaji jurugambar tersebut, jika jurugamba tersebut ada anak bini so sape yang akan sara hidup mereka??tu ok lagi, kos beli camera utk diorang2 ni sume mencecah ribuaan ringgit, ada sesetengah jurugambar profesional tu membawa barang2 mereka sehingga 30K atau lebih, semata2 untuk mendapatkan hasil gambar yang cantik untuk anda, jadi berapakah anda harus membayar jurugambar anda???

Itu jika sorang, jika 2 orang yang datang ke majlis anda? mana lagi nak letak diorang pnye kos eletrik untuk caj batry cmre,bayar rumah,kedai,hutang lain2 dan simpanan dihari tua????top up untuk call anda internet lagi, cukai lagi so sape yang nak tanggung jika harga diorang tu tak kene dengan kos2 yang dikeluarkan.

Jadi patot2 la kan nak letak harge tu, and bagi anda di luar kawasan liputan, kena lah paham jugak kos2 tambahan seperti minyak dan tempat tinggal. Jangan lah anda sumbat jurugambar anda supaya tido kat keta lak kan..hehehehehe sian n tak agagk2 namenyer tu diorang pon nak prvcy jugek....

Aku cakap macam ni bukan nak demand, tapi cuba lah pikir secara rasional, anda bakal pengantin tak kisah mencari pelamin,baju dan sebagainya beribu2 danhanya untuk menggunakan selama sehari dua, tapi sedar tak bahawasanya jurugambarlah yang membawa peranan penting pada hari bahgia anda, kenapa saya cakp macam ni????sebab dengan adanya jurugambar atau vdeo nilah yang membuktikan dan merakamkan detik2 manis di hari bahgia anda.

Jurugambarlah (also vdeographer) yang akan merakam segalanya pada hari itu, jadi tak nak lah cakap bnyak, nanti kang aku ni di cemuh, aku bercakap untuk semua bukan untuk diri aku sahaja. terimakasih........

p/s:- maaf lah kalau ada yang terasa aku tak berniat untuk mengata kepada sesiapa, aku bercakap atas rumusan dari aku sendiri, so yang baik itu dari Allah dan yg buruk itu dtng dari diri aku.....

tapi walauapa pun..
REZKI JANGAN DITOLAK,MAUT JANGAN DI CARI..




FOZAN NS
YM: fozanarts
email: fozanarts@yahoo.com
Tel: 017-7775 409

19 comments:

  1. terasa i tau... hehehe

    sama je dgn tukang jahit (baju & manik)
    nak design mcm bernard chandran, radzuan radzwill, iszal citra bla bla, tp bayo nk ikut harga kampung. mentang2 la kita ni tade "nama"

    huhuhu

    ReplyDelete
  2. betul nok apa u cakap ni.

    skang ni kalau nak murah boleh, wedding RM50 je, hahahaha. tapi guna kamera Nokia 6680 aku la.



    hahahaha.

    ReplyDelete
  3. cik izan:-hah tu lah dia, payah n kepakaran tu yg kene bayar sebenarnya...kan????

    ReplyDelete
  4. abdul wafi:- tu pon kire untung, boley la, 2 keping j...hehehehe

    ReplyDelete
  5. betol3.....
    dah bagi peha nak betis.....

    kata nak 'cantek' tapi nak MURAH.......

    ReplyDelete
  6. ada betulnya pendapat fozan tu..tapi kene la consider jugak..mcm istilah bisnes 'customer always right'..mahu tak mahu kita tak leh lari hakikat ni...tanpa pengantin sapa la wedding photographer kan...cuba kalau tiba2 trend org kawin skang semua taknak wedding photo dah?semua pakai video pulak.photographer nak cari makan dengan apa?terpaksa jual camera harga 30k tu,cari camcoder pulak...bkn la niat nak kata demand tp tak semua pengantin punya kemampuan sama...kalau pakai camera yg harga 30k tu...jgn la cari customer yang cikai2...alang2 cari yang anak2 datuk,lord dan kerabat2...yang pakai camera low2 ni..boleh la untuk customer yang bajet biasa2 je...apa2 yang penting?kerjasama...kesefahaman antara pengantin n photographer XD~ peace!

    ReplyDelete
  7. anonymus yg k 2:- ya amat betul....tak lah terlalu murah dan tak lah yang terlalu mahal, yang pasti berpatutan dengan apa yang di buat, bak kata orang "kayuh pelan2" so macam kita nak memulakan bsness pelulah dengan yang kecik dulu sebelum dapat yang besar, kalau tak macam mane nak dapat yang besar kan...tepuk dada tanye selera.

    ReplyDelete
  8. Yaa...dalam hal ni dedue pihak ade alasan tersendri..
    tapi bagi saya, saya meletakkan harge atas sebab kerja saya..
    harge terletak mengikut kualiti..
    even pakai camera Canon G7 tapi kualiti gempak
    why not?!!
    Saya mengambil contoh daripade photographer Rarindra Prakarsa..
    Canon G7 sahaja..even pakai camera Nikon D3
    skali pon jika tiada creativy, hasilnya sama juga dengan orang yang pakai camera phone NOkia 6680..
    Tapi kedue2 pihak juge kene pandai,paham,dan tahu ape yang mereka lakukan..
    Tak kire ahh, pembeli atau penjual...
    Klu pembeli bependapatan rendah takkan nak amik Candid Syndrome..
    Klu penjual memakai camera Nikon D3 la contohnya, takkan pergi ke customer yang ditanya, "berapa budget?"
    "RM500"...
    "Customer not always right"

    ReplyDelete
  9. mmg dah sipat manusai nak murah ajer....diorang kena fikir gak semua2 kos kita tu...mana nak bayo camera mahal2...lens mahal2....lighting...bla..bla..bla...sebagai jurugambar profesional,pandai2 la kita demand harga tu...

    ReplyDelete
  10. Betul juga...tp sedar tak yang kita ni cuma ckp utk sebelah pihak je,iaitu photographer.Yang pihak photographer cuma tau kata customer not always right la,demand la,nak bagus tapi murah la...cuba kita letak diri kita di tempat customer yang tatau apa2 pasal dunia photography,tahu ke dia yang camera yang photographer tu mahal ke canggih ke?dia tak tahu,dan tak nak tahu pon.Sebab takde kene mengena ngan dia pon.Yg dia tahu,dia nak gambar cantek.Kesimpulannya disini,untuk side photographer,kalau rasa equipment korang gempak,canggih dan sebagainya,cari la customer yang gempak gak.Kalau ada customer yang minta murah jgn la layan.Sape suruh korang layan...alang2 nak guna prinsip 'Customer Not Always Right' guna je terus.Veto,takde kompromi lagi.Biarla org nak kata demand pun.Dah itu prinsip kita kan?Kalau nak jugak layan customer cikai2 ni,simpan je equipment canggih korang,pakai balik Nokia 6680 tu...apa susah?
    Pokok Pangkal atas diri sendiri...Saya mmg tatau apa2 pasal photographery.Tapi saya tahu pikir yang mana lojik yang mana tidak.Peace!

    ReplyDelete
  11. iye memng benar, tiada salahnyer...sebab itu pe yg saya tulis di ats tu tiada menyeebelah mana2 pihak pon..cube saya bercakap kepada umum...dan menerangkan sedikit sebanyak, tentang jurugambar, ape la salahnya kan??betul tak??kate demokrasi...lex r beb..jgn marah2...hehehehe tepuk dada tnye lah selera anda....hehehehe

    ReplyDelete
  12. Semekom...mintak maaf ye..saye sekadar ingin memberi pandangan peibadi..kerana ketika saya menulis komen ini, saya tidak meletakkan diri saya di side memane..saya letakkan diri saya didalam both side..

    Saya letakkan diri saya jika hendak mengambil perkhidamatan jurufoto profesional, sebagai contoh Adan Cameraworks..

    Saya tak tahu die pakai camera apa, editing pakai computer ape, jurfoto yang datang cover majlis saya pon saya tak tau berapa ramai..

    Tetapi kerana kualiti kerja die yang saya lihat, profile die yang saya tahu, saya awal2 da terfikir kalau nak amek adan sebagai fotograpfer majlis saya, sedia maklum saya tahu bahawa perkhidmatannya bknlah berharga Rm500, Rm600..

    Kerana die deserved utk mendapat bayaran mahal kerana kualiti kerjanya yang superb..

    Contoh laen, jika saya hendak membeli bag LV..Saya tak tau pon die pakai kulit apa, cara jahitannya, semua itulah..tapi itu sudah sedia maklum anda tahu akan kualitinya..

    Oleh itu, jika kita hendak sesuatu, beli sesuatu ape2 je la, dengan kemudahan internet sekrang, lebih senang utk membuat research..

    Jgn mara atau terasa hati ini hanyalah pendapat peribadi, dan berfikiran logic..

    ReplyDelete
  13. Bukan persoalan kecil hati @ tak...cuma saya tak nampak dimana letaknya sikap profesional seorang photographer wedding.Anda asyik mengungkit pasal hal yang remeh temeh..walhal mudah je nak setel.Dari awal saya katakan...kalau jurufoto tak suka pelanggan letak harga yang diorang mampu,al maklum lah tak setaraf dengan skill dan profile yang ada,jgn amik job tu.Mudah je kan?Kenapa nak buat perbandingan dengan Adan apakebende tah(sbb saya tak kenal sry) ngan beg lv tu(saya pun tak penah tgk beg tu camane)?Tak semua pandai menilai seperti anda.Dan pelanggan berhak meletakkan berapa harga yang mereka rasa mampu,bukan mahu.Photographer juga boleh sedia kan package.Kata la utk budget rm500 saya akan pakai nokia 6688,utk budget rm5000 pulak pakai la camera yang gempak.Tak susah kan?Saya rasa dengan cara tu,anda bukan saja akan laris hanya disebabkan hasil kerja anda sahaja,tapi disebabkan kebijaksanaan anda dalam strategi pemasaran.Wedding Photography tetap bisnes kan?
    Kalau yang ada nama tu takpe la,org dah kenal.Yang baru2 nak naik ni saya rasa slow2 la dulu,biar rugi dulu takpe.Bila org dah recognize kita masa tu baru la nak letak harga camana pon,letak la.
    Kadang2 kita bila terlalu pandang yang tinggi,kita terlupa apa yang ada kat bawah...
    Saya tak pandai nak buat perbandingan.Saya suka yang simple2 je.Peace!XD

    ReplyDelete
  14. Ntah la kan..Cme inginkan perubahan..
    Kalau takde orang start, takde orang buat..
    Itu je saya boleh cakap..
    Emm kadang2kan nak bitau ni, meh la dengar..
    Pembeli lagi bijak daripda penjual..
    Bila tu da terjadi, tu yang kami penjual pon
    kene bertindak..
    Ye saya setuju bila anda berkata, yang baru2 naik ni slow dulu..
    Saya tak kata saya baru, saya tak kata saya lama..
    Cme saya rasa inilah masa saya untuk bergerak di samping saya ingin educate customer..
    Buat pengetahuan anda market di JB still pakai roll lagi..
    Kerana apa? kerana yang inginkan perubahan DEMI KEBAIKAN sedikit..
    Macam awal saya katakan takde orang start, takde orang buat..
    Maybe akan datang photog akan menjadi list pertama untuk bakal2 pengantin, bukan lagi tukang mekap..who knows..
    Disamping itu photog juga nak jaga exclusivity diorangkan..
    Saya minta maaf jika cara saya menyampaikan pendapat terlalu straight forward no belok2..
    Mayb ini curahan ilmu akibat bercampo ngn mak andam "adik2"..
    Ini juz pendapat peribadi saya..
    Maybe orang yang pentingkan kualiti akan berfikir begitu, yang suke simple berfikiran camni, yang nak simple tapi mahal camni, yang nak grand tapi bayar nak simple pendapatnye begitu plak..
    Bende ni too subjective utk diperkatekan..
    Sekali lagi saya mintak maap..Anggaplah ini berdebat ketika kita dirancangan Tanya bersama Linda..Peace!!

    ReplyDelete
  15. wow.....satu pedebatan yg baik bagi saya...
    tak sangka sampai begini jadinya...
    masing2 ada pendapat masing2..
    so wat la pe yg anda rase nak wat...
    ok....selamat maju jaya pada AFFIQ ARTISME n ANONYMOUS .........hehehe harap boley kenalkan diri...hehehehehehe

    ReplyDelete
  16. Haha.Saya juga kat sini memohon maaf sebab niat saya sekadar mencurah apa yang terbuku dihati.Betul juga,isu2 mcm ni agak subjektif,setiap org punya pendapat yang berbeza.Jadi saya pun kena la hormat pendapat org lain.So anggaplah mcm kita berdebat secara gentlemen.Pada saya mengenali customer juga sebenarnya merupakan salah satu cara yang baik untuk bisnes photography.Kita takleh harapkan customer saja yang kenal kita serta hasil kerja kita,tapi kita kena la tahu yang customer terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan berbeza kemampuannya.Pendek kata,kena pasang strategi.Tak pelik kalau saya katakan,ada di setengah customer tu,walaupun well educated dan berkemampuan pun,tetap akan letak harga yang tak munasabah dan tak setaraf dengan equipment dan hasil kerja photographer.Sebab apa?Sebab dia tak rasa pun berbaloi untuk berhabisan hanya pada album gambar saja.Dan masalah yang jurufoto hadapi pun dia tak akan amik tahu ,sebab itu bukan masalah dia.So mcmana nak educate org mcm ni? Jalan nya cuma satu je,rejek terus.Cari customer lain.Dia pun boleh cari jurufoto lain.Sama2 puas hati...
    Juga,untuk maju pada saya,kualiti dan kuantiti sama2 penting...mmg la kualiti kerja kita penting,tp kuantiti customer pun penting jugak.Biar la seiring.
    So sekali saya juga memohon maaf andai kata ada yang berkecil hati.Peace XD

    ReplyDelete
  17. thankz anonymous.....
    so harap, jgn serik melawat blog aku nih...
    da~

    ReplyDelete
  18. betul la.. "gambo sy nak cantik mcm ***, konsep foto nak mcm ***, editing nak vogue mcm ***, album nak grand mcm ***... tapi harga sy nak murah aje sbb awak bukan popular dan bagus sgt..." patut ke seorang client berkata mcm nie...

    ReplyDelete