Monday, July 20, 2009

Cabaran Photoshoot Di Hutan




SEMALAM,19 JULY 09-emm...malag tak berbau pada aku, kaki ku.......telah terpijak kaca yang amat dalam..pada awalnya aku main2 j ingat tak de pape, sebab tak rase sakit sikit pon pada mase tu, hahahaha siap ley main2 ag ngan darah tu, tapi pabila aku tgk diorang ni sibuk soh aku g klinik utk mendapatkan rawatan, arghhhh.....aku ni takot ama doc....hehehehe, kerana diorang lah aku panik.

Mana taknyer darah tak berenti samapai kalau hang tgk kat TV tu drama2 air tu da jadi merah akibat darah yang terlalu bnyak, aku rase ia terhiris dalam sngat nak dekat hampir 1 inci, nasib baik lah atas bantuan MR RAFIE, yang membalut luka aku time tu, thankz to rafie, sebab merawat aku time tu, kalau tak pening jugak lah, tak tau nak wat ape.

Disebabkan tak rase sakit, so aku relex seketika lah sementara affiq ngah shoot tu, aku ingat kejap lagi aku pnye turn lah kan, tapi lama kelamaan makin sakit n berdenyut2 rase dia, time aku masuk dalam air tu ikan plak sibuk nak gigit kaki aku.peh.....geram j....

Sekali aku naik ke darat, relex2 pas main air tu aku tgk darah tak benti lagi, peh..nampaknya memang susah nak benti nih jawabnya, memng sah, peh aku da makin takot, bukan pe takot kene jumper doktor......hahahaha aku memng dari kecik lagi jarang jumpe doktor, so tu yang agaknya pai la ni aku takot jumper doktor, hehehe entah nape tah, takot dia makan aku. Jadi ape aku buat time tu hanyalah amek gambar diorang di sebalik tabir j lah, nak wat macam mane kan.tak ley nak wat pe, meng sakit sangat2.

Nampaknya photoshoot kali ni aku tak de rezki untuk mempamerkan gamba, sebab aku cedera yang amat teruk, pai j umah, ape lagi my mader bising habis....tak hengat...hahahahhaah aku tetap tak jpe ngan doktor, ape lagi my fader lah yang rawat aku kat umah, pai la ni aku tak open lagi balutan tu, jap lagi baru aku open nak tgk perkembangan kaki ku.....hehhee masih berfungsi atau tak, kalu tak terpakse aku jadi macam bio-nik lah yang di siarkan di TV3, hahahahaha

Walauapon aku sangat boring kat umah ni, tapi nak cepat baik pnye pasal, aku kene bnyak berehat, sebab kaki kan, memng bnyak darah kat situ, so aku harap cepatlah sembuh ek....sorry lah kalau tayangan gambar aku kat atas tu mengerikan, rasenyer tak kot, hehehe nasib aku tak letak yang tak balut pnye, kang ad kang yang tak lalu makan.

Tak pe lah mungkin ada hikmah disebalik bende nih terjadi, mungkin mulut aku celupar kot time masuk hutan tu, heheheh mulut jahat,hahahaha tapi aku memng dah serik nak g tempat tu lagi. serik ya amat.macam hal sebenarnya yang pernah berlaku pada diri aku kat situ, mungkin guard2 tak suke kot aku kat situ, tapi ape yang penting pas ni, aku kene bersiap sedia dengan teliti lagi dengan persiapan yang rapi lagi.

Jadi nampaknyae aku tak dapat lah amek gamba pada photoshoot kali ni, so kalau nak tgk hasil2 time ni, tgk lah kat blog affiq, kat situ dia akan pamerkan lah pe yang terjadi hasil dia kat situ n time tu. untuk next entry plak, aku pon akan pamer hasil sebalik tabir diorang.hehehehe...tunggulah next entry.hehehe





FOZAN NS
YM: fozanarts
EMAIL: fozanarts@yahoo.com
TEL: 017- 777 5409

Saturday, July 18, 2009

Harga Murah....

Seperti yang telah aku janjikan sebelum ni aku nak becite pasal harga, ini pon kire sambungan kepada last entry, rumusan daripada TT yang aku hadir mase tu. Tapi sebelum tu maaf la kepada sesiapa yang terasa ok, tak de niat pon nak mengenakan sesapa, just nak membuat kenyataan dan rumusan sendiri.

Kalau cite pasal harga dengan jurugambar ni dari dulu sampai lah sekarang asik same dan lebih kurang sama, kenapa ea???aku sendiri pon tak paham, bagi pelanggan2 di luar sana tak kira lah pelanggan sape pon kan, kena lah paham kos2 yang telah di keluarkan oleh jurugambar. Mungkin tak nampak n tak paham kos2 yang akan di keluarkan oleh jurugambar.

Diantara kos2 yang akan dikeluarkan oleh jurugambar ialah kos barang2 cth album,cd or dvd, gaji jurugambar tersebut, jika jurugamba tersebut ada anak bini so sape yang akan sara hidup mereka??tu ok lagi, kos beli camera utk diorang2 ni sume mencecah ribuaan ringgit, ada sesetengah jurugambar profesional tu membawa barang2 mereka sehingga 30K atau lebih, semata2 untuk mendapatkan hasil gambar yang cantik untuk anda, jadi berapakah anda harus membayar jurugambar anda???

Itu jika sorang, jika 2 orang yang datang ke majlis anda? mana lagi nak letak diorang pnye kos eletrik untuk caj batry cmre,bayar rumah,kedai,hutang lain2 dan simpanan dihari tua????top up untuk call anda internet lagi, cukai lagi so sape yang nak tanggung jika harga diorang tu tak kene dengan kos2 yang dikeluarkan.

Jadi patot2 la kan nak letak harge tu, and bagi anda di luar kawasan liputan, kena lah paham jugak kos2 tambahan seperti minyak dan tempat tinggal. Jangan lah anda sumbat jurugambar anda supaya tido kat keta lak kan..hehehehehe sian n tak agagk2 namenyer tu diorang pon nak prvcy jugek....

Aku cakap macam ni bukan nak demand, tapi cuba lah pikir secara rasional, anda bakal pengantin tak kisah mencari pelamin,baju dan sebagainya beribu2 danhanya untuk menggunakan selama sehari dua, tapi sedar tak bahawasanya jurugambarlah yang membawa peranan penting pada hari bahgia anda, kenapa saya cakp macam ni????sebab dengan adanya jurugambar atau vdeo nilah yang membuktikan dan merakamkan detik2 manis di hari bahgia anda.

Jurugambarlah (also vdeographer) yang akan merakam segalanya pada hari itu, jadi tak nak lah cakap bnyak, nanti kang aku ni di cemuh, aku bercakap untuk semua bukan untuk diri aku sahaja. terimakasih........

p/s:- maaf lah kalau ada yang terasa aku tak berniat untuk mengata kepada sesiapa, aku bercakap atas rumusan dari aku sendiri, so yang baik itu dari Allah dan yg buruk itu dtng dari diri aku.....

tapi walauapa pun..
REZKI JANGAN DITOLAK,MAUT JANGAN DI CARI..




FOZAN NS
YM: fozanarts
email: fozanarts@yahoo.com
Tel: 017-7775 409

Tuesday, July 14, 2009

Diawal Cerita...

Kelmarin pada 11 julai aku g join TT kat Restorant Anggun at Larkin Perdana JB, dimana pada siang harinya berlangsung majlis bertandang bagi saudara Moqh CS, yang sempat jugak lah aku, Affiq and Rafie hadir pada majlis tersebut. TT pada malamnya tu yang telah disertai oleh ramai jurugambar2 dari JB, tak kire lah dari mane pelusuk sekali pun, dari yang lame ke yang baru. Jadi pada aku yang baru nih dapat jugak lah bertemu dan beramah mesra bersama jurugambar2 Jb ni yang otai2.

Banyak jugak yang aku ley wat rumusan semasa time TT nih, banyak sangat perkara yang boleh aku ceritakan, banyak tak terhingga, di antara nya perbualan2 yang banyak2 serta disulami oleh lawak2 yang menyusul, aku amat tertarik sekali dengan 1 citer ni.

Kalau kita boleh tgk skg, penggunaan camera DSLR begitu meluas, aku boleh katakan berlambak2 tambahan pula dengan harga yang agak murah, sehinggakan mampu dimiliki oleh pelajar sekolah menengah sekarang ni. Bukan lah aku nak menghalang atau tak bagi budak sekolah menggunakannya, just cakap camera jenis DSLR ni dah kire mampu untuk miliki oleh semua golongan, lagi pun kualiti camera DSLR ni amat lah bagus berbanding dengan camera biase yang lain.

Aku memegang camera DSLR atau memiliki camera nih pada pertengahan tahun 2007, ketika itu aku membeli camera jenis NIKON D40X, pada ketika tu ape lah yang aku tahu tentang camera DSLR nih, but aku minat dengan camera ni sejak aku kecik lagi, aku ingat lagi dulu2 aku selalu curi2 snap gamba, bile cuci baru tahu ada gambar sesat hahahahahaha tu sume kerja aku, abis nanti mak marah hehehe takut jatuh bukanyer ape. Aku juga pernah pegang2 CANON EOS pe tah, film pnye SLR pakcik aku yang pnyer.

Tidak pernah termimpi aku hendak memiliki sebuah SLR or DSLR, sebab aku tahu camera jenis tu sangat lah mahal harganya ketika itu, dulu2 aku panggil camera SLR or DSLR ni camera wartawan, yelah sebab yang aku tgk kat TV tu sumenye wartawan yang pakai. dan amat susah hendak temui waktu ketika tu. Dulu father aku penah ada SLR tapi sayang dah hilang, aku rase aku nih berkongsi minat yang sama dengan my father, yelah mane tumpahnyer kuah kalau tak ke nasi kan?????

Sebab aku beli camera yang aku idam2kan ni pon atas sebab ada silibus membelajaran di kolej time tu, so dapat jugaklah aku memiliki camera DSLR ni. Rasa macam mimpi ketika tu.heheheh jakun beb, sape tak suke pabila dapat camera yang di idamkan tu kan?? aku banyak belajar tentang DSLR ni dari pada internet aku mengenal dulu barang2 camera ape kemampuan camera ni sehingga ia mahal dan lain dari camera yang biase, apa keistimewaan dia sehingga ia mencecah ribuaan ringgit.

Selepas dari tu aku belajar asas fotografi nih dari kolej yang ada subjek tentang fotografi ni. ternyata fotografi nih amat menyeronokan dan inilah yang aku cari2 selama ni, minat aku yang mendalam dalam bidang fotografi ni membuat aku gila bagai di rasuk hantu, hehehe dah melalut da, membuat aku inginkan lebih dari nih, pe yang aku belajar di kolej tu hanya basic j, so aku tekatkan dalam hati untuk belajar lebih dari tu, jadi aku banyak bertanya kepada saudara Muhaimin ketika tu yang banyak jugak mengajar aku tentenag fotografi ni, selepas tu aku join lah forum, class dan sebaginya, asalkan aku dapat ilmu yang aku minat ni.

Sehingglah sekarang aku masih belajar dan terus belajar, sebab bagi aku foto nih adalah seni. ia bagaikan kita lukis dengan cahaya. Adakah anda setuju????sebab kite kene bijak mengawal cahaya untuk mendapatkan gambar, kalau tak kita tak akan dapat hasilkan gambar yg kita inginkan. Akan tetapi aku tgk sekarang pendatang2 baru, walaupon aku nih baru jugak, tapi ni lebih baru dari aku, aku ley katekan sombong.

Tak padan dengan sombong, pas tu plak berat mulut untuk bertanya, aku sendiri tak paham kenapa perkara ini berlaku, padahal peluang tu depan mata. pon tak nak cekau, yela ada sebilangan golongan org baru nih, tak penah2 amek gambar kahwin ttbe j terus wat job, hanya sebab pe???sebab dah memiliki sebuah camera DSLR, pabila di lihat gambarnya ia hancur, dengan tah lintang pukang angel, flash pon tah kemane dia nak bounce pon aku tak paham, bile tang edit pulak, peh habis font2 yang digunekan untuk wat cite hantu pon dia pakai.rase nak tergelak pon ada, tak abis ag tentang tu, ada pulak yang mengadakan class mengadakan tau dalam kata lain membuka atau membuat, hehehehe tak paham2....sendiri pon tak penah g class ni lagi nak bukak class.

Perkara2 nih lah yang bnyak di keutarakan oleh saudara YON, agak lame jugak lah mempertikaikan tentang perkara nih bersama teman foto yang lain. Ini belum sentuh lagi pasal harga dan lain2 lagi, ini pon dah panjag lebar aku tulis, tak pe lah utk next entry aku akan cite pasal harga. so tunggu dan jangan kemana2.

p/s: harap maaf lah kepada sesiapa yang membaca blog aku nih yang terasa kehangatan nya, sebab aku cube sampaikan pe yang berlaku tempoh hari. itu sahaja, tanpa ada menujukan kepada sesiapa pun, kalau ada pun ia hanyalah kebetulan, akan tetapi renung2kan dan selamat beramal....

Tuesday, July 7, 2009

Kenapa Begini???



Kelmarin aku ke melaka, melawat bandaraya bersejarah lagi, dah setahun aku tak ke melaka, last mase aku round2 ngan member yang leh katekan kerja gila sebab meronda tanpa henti selama 24jam, dari Johor, Kluang, Batu Pahat, Muar, Melaka dan serterusnya ke Kuala Lumpur. Itu cerita lama hehehe tak pe lah, abaikan kang di katakan aku nih macam astro cerita berulang. hahahahaha...

Nampaknya Melaka dah banyak berubah hehe macam2 ada, same macam manusia makin lame makin ada kemajuan dalam kehidupan, tak kira lah dari ape aspek sekali pun, yang penting ada kemajuaan dalam diri kita. Bila aku ingat dulu2 pnye cerita macam2 hal dan ujian, tak kirah lah ape pon.

Sehinggalah sekarang ni, aku masih lagi diberi ujian oleh Allah S.W.T, akan tetapi aku hadapi semua tu dengan tabah dan cekal, walaupon pada mulenyer kita ni kadang2 bodoh untuk membuat keputusan sehingga memudaratkan diri sendiri oleh kerana tak sanggup untuk menerima ujian dari Allah. Aku pon tak paham kenapa sesetengah manusia macam tu, kadang tak pikir ke pe kesalahan yang di buat, ni tuhan baru nak uji sikit dah macam2 hal, tu baru sikit, belum lagi tuhan turunkan bala padanya.emm..

Satu lagi hal, dengan orang melayu ni tak habis2 dengan sifat dengki mendengki antara satu sama lain, kita melayu same melayu pon nak gaduh ke???tak paham lah aku, nak2 kedai makan. Ada la 1 kedai makan kat JB ni yang ley kate top suatu ketika dulu, tapi kini dah tak seindah dulu. Dah banyak kali jugak aku nak makan kat situ sik tutup j, teringin lah katekan..sebab sedap katenyer kat situ, so banyak kali jugak lalu kat situ, tapi asik tutup j, naik fedup kadang.

Last2 mase tu dapat jugak makan kat situ, emm ternyata boley tahan lah masakan dia, tapi tempat tu da macam kelihatan angker hihihihi (seram). Tanye lah pakcik kat situ nape lame tutup, so pakcik tu cakap mane ada tutup.hahahah lantas meremang bulu rome aku time tu...hahah pe lagi konsep menakutkan org lah.hehehe walaupon perkara ni dah biase tetapi sampi bile perkara macam nih nak berhenti.

Walaupun kite ley cakap malaysia ni negara maju. tetapi kenapa masih ada seglntir org yang berbuat demikian???tak paham2. adakah perkara ni berlaku di golongan jurugambar2????? aku harap tak ada lah ye..tapi, aku ada perasaan dengan seorang jurugambar nih, ego dan sombong terlalu tinggi.

Sehinggakan kite orang ni tak pernah pon mengenal or berborak sebelum nih, tetiba 1 hari ni bile berjumpe muke nak sombong, tau lah kite nih baru, tapi ape salah kiteorang nih??? owh mungkin dia otai dalam dunia kot.hehehehe and 2nd time jumpe pon masih begitu, kiteorang tegur pon macam tu jugak. Tapi tak tahu lah kalau2 aku nih sombong jugak.hehehehe tak kenal tak tahu beb.hehehehe tapi kalau aku nih sombong and ada menyakitkan hati sesape, aku mintak maaf la ea, kadang2 tu tak sengaja or tak perasaan..hehe macam panjang j aku cerita kali nih.hehehe nukan ada org nak baca pon kan.hehe tak pe lah..sabo....separuh dari iman..






FOZAN NS
017-777 5409
ym: fozanarts
email: fozanarts@yahoo.com

Friday, July 3, 2009

Happy Hour Promotion




Apa itu HAPPY HOUR????
Ok kat sini aku cerita apa itu Happy Hour, Happy Hour ni adalah portraiture saje2 bersama rakan2 dan teman2. Tak kire lah dengan sape pun, dengan u allz pnye boyfriend or gurlfriend pon boleh, tak ada masalah dengan tu, atau dengan rakan2 sekolah lama ke ape ke, maybe yang dah lame tak jumpe dan bile sesekali berjumpe tu nak abadikan kenangan bersama.

Jadi adalah kenangan korang dengan teman2 yang kadang2 berjauhan, kita abadikan lah dengan senyuman dengan promosi Happy Hour ni, jadi gambar saja lah yang bisa anda jadikan kenangan bersama teman2, selain chating di facebook, ym, friendster, myspace atau yang lain2.

Dengan adanya gambar kenangan bersama teman2, makin lah anda kerap berhubung bersama teman2 di internet ataupun telefon, dan secara tidak langsung anda juga boleh share bersama teman2 lain di luar sana, jadi rebut lah peluang yang ada ini dengan harga yang di tawarkan sangat berpatutan dari kami.

Rasanya tidak rugi jika anda mengambil promosi ini dari kami, sebelum ia penuh...ia juga boleh mengeratkan hubungan silaturrahim.

Bagi yang berminat dengan tawaran kami ni, boleh lah menghubungi kami melalui email, telefon, ym dan sebagainya yang tertera di bawah ni.

Tidak lupe jugak, kat bawah ni, ada slide show cntoh2 yang pernah di buat..
so enjoy...hehehehe

video
FOZAN NS
YM: fozanarts
EMAIL: fozanarts@yahoo.com
TEL: +6017-777 5409