Tuesday, October 27, 2009

Yasmin



Kali ni AR kembali bekerjasama bersama Yasmin, sebelum nih sebenarnyer penah shoot bersama yasmin but dah lame la, sebab bukan senang nak mendapatkan perhidmatan yasmin ni,sebab keje dia asik terbang2 kesana sini.hehe

Sepertimana biase MUA utk kali ni Rafie, dan macam biase la Affiq as a AR team..yeah....sudah kebiasaan bagi AR shoot model ni but belum pro lagi la, still masih belajar pe, mudah mudahan satu hari nanti team AR ni akan dikenali la di serata dunia, amin...itu lah impian ku.....wah...gitue macam pilem cuci la plak..hehe..

Ape yang nak aku kongsikan disini pengalaman shoot model, bukan mudah seperti yang disangke kan, shoot2 terus ley cuci.owh...sungguh tidak semudah itu, sebenarnyer macam2 yang perlu di persiapkan utk membuat 1 photoshoot, ok sedikit sebanyak ape yang aku tahu, aku kongsikan pada membaca2 blog aku nih.ye..


Tips-tips photoshoot model:-
1. Konsep: mencari konsep yang hendak dilakukan ketika photoshoot, ini kerana ia memainkan peranan paling penting, ini kerana melibatkan perkara2 yg lain juga seperti pakaian, makeup dan sebagainya, kerana ia saling berkait rapat.
2. Pakaian: pakaian haruslah mengikut konsep yang telah dibincangkan pada awal tadi, sebab pakaian juga memainkan peranan penting sebab ia akan membantu anda utk mendapat kan foto-foto yang menarik, tak lah terlalu besar dan tidaklah terlalu kecil yang pasti ia selesa utk di padankan mbersama model.
3. MUA: pemilihan makeup artiste sama penting dengan pakaian, ini kerana solekan yang mengikut konsep akan membantu mendapatkan sesebuah foto yang menarikdan mempunyai mood, ia juga bergantung pada MUA yg dipilh, jika MUA itu mahir dalam solekanye maka foto yang anda akan dapat juga menarik, sebagai contoh face painting 70% terletak pada solekan yang di buat.
4. Model: pemilihan model haruslah bersesuaian, ini terpulang la pada anda yang menginginkan model yang bagaimana utk menghasilkan sesebuah gambar tersebut serta mengikut konsep yg telah dibincangkan, harus di ingat, model bukan hanya perlu kurus atau tinggi utk photoshoot yang sedang2 tu da kire ok lah dan yang paling penting penghayatan model tersebut mengikut konsep yang di beri.
bersambung.....




FOZAN NS
YM: fozanarts
email: fozanarts@yahoo.com
017- 777 5409

Thursday, October 22, 2009

Zahnita

Shoot bersama zahnita kali ni kiteorang berkolebrasi bersama Ian Sham(penatarias), Beauty N The Beads(wardrobe) serta Zery Zamry(wardrobe)pereka fesyen terkenal, dan di gandingkan pula bersama Zahnita seorang pelakon serta model terkenal tanah air.

Pertama kali AR shoot bersama nama-nama besar seperti ini, mungkin ini menanda kan titik permulaan AR untuk pergi dengan lebih jauh, jika di izin kan tuhan, kita hanya mampu merancang dan tuhan yang menentukan segalanya. Setiap photoshoot atau wedding asgment pasti ada cabaran dan dugaan yang berbeza, ape tah lagi jika AR bekerjasama dengan nama-nama besar, sudah pastinya perasaan takut berdebar dan pelbagai lagi perasaan timbul.hehe

Walaubagaimanapun AR tetap bersedia dengan apa jua dugaan yang mendatang, tetapi sebelum itu AR sendiri sudah merancang terlibih dahulu besama saudara Affiq utuk memastikan tiada apa yang buruk akan berlaku, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dari segi persiapan pergi dan balik, penginapan dan sebagainya, tentang penginapan sy mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Abdul Qayyum, teman baik saya ketika zaman persekolahan.

Jadi ini lah serba sedikit foto yang sy kongsikan utk tatapan umum, sekali lagi diucapkan ribuaan terima kasih kepada Ian Sham, Izan dan Zery Zamry kerana sudi berkerjasama dengan kami dan terima kasih juga kepada Zahnita. TQVM




Fozan NS
YM fozanarts
E: fozanarts@yahoo.com
P: 017-777 5409

Tuesday, October 20, 2009

Farhana

Nampaknya sudah lama sgt tak update blog nih, akibat fenomena sibuk+taksempat+tak de mase+malas hehehe so kali ni aku akan try rajin mengupdate blog nih, tapi ucapan terima kasih juga pada anda yang setia mengunjung ke blog aku nih walaupon jarang update, hehe

Untuk entry kali ni, aku akan share la serbe sedikit foto yang telah lama jugak, but sebenarnyer gamba ni telah ada di laman sesawang mukabuku aku, (laman web facebook) so kalau nak tgk hasil2 foto ku dan nak tahu dengan lebih cepat ape yang aku buat, boleh la add aku kat facebook, harap rajin la ber facebook ye korang, hehehe boleh cite panjang sikit.

Pasti ada yang tertanya-tanya asyik gambo model j, tol tak??hehe sebenarnyer banyak lagi yang ada dalam peti simpanan aku gambo2 yang lain, but mane yang sempat j la aku update, lagi pon aku suke ngan take foto pic model ni.

Kali ni aku tunjukan foto Farhana, kali ni aku shoot bersama Affiq, dan jurutatarias oleh Rafie, hah pasti ada yang tertanya kenapa gambar ni skin tone dia lari la, warna dia gelap la betol tak??ok bagi aku bende ni sume aku nak pamerkan dalam sedikit kelainan dengan mencuba pelbagai-bagai cara dan teknik, ART or SENI tiada salahnya beb, kalau hang belajar dalam bidang seni tahu la kan, tol tak, pelukis-pelikis dulu2 berkarya, dan sekarang nilainaya bejuta-juta, jadi renung-renungkan dan selamat beramal...hehe peace..




FOZAN NS
YM=fozanarts
No Tel: 017-777 5409
Email: fozanarts@yahoo.com